Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM)

Published on September 23, 2011

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) adalah sebuah badan gabungan semua NGO – NGO Ekonomi Melayu di Malaysia yang telah ditubuhkan pada 23 Julai 2011. Majlis Pelancaran MTEM akan diadakan pada 29 September 2011 (Khamis) bertempat di Hall D, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), serdang, Selangor Darul Ehsan.

Selain mengadakan majlis pelancaran MTEM, juga diadakan Majlis Sambutan Hari Raya bagi meraikan penyatuan NGO – NGO Ekonomi Melayu di seluruh Malaysia di bawah MTEM.

YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, telah mengesahkan kehadirannya sebagai tetamu kehormat pada malam tersebut, dan seterusnya merasmikan serta melancarkan MTEM. Kehadiran tetamu adalah dianggarkan seramai 8000 orang yang terdiri dari ahli – ahli persatuan yang menjadi anggota gabungan MTEM.

http://www.facebook.com/pages/Majlis-Tindakan-Ekonomi-Melayu-MTEM

http://www.malaychamber.com/mtem/

Moderator on Facebook

Share This

Leave a Comments